Menurut catatan sejarah, Kampung Sungai Ular dibuka di awal tahun 1700. Penduduk asal adalah peneroka yang berasal dari Patani yang datang melalui jalan laut untuk mencari penempatan baru.Penempatan pertama mereka di kawasan bukit di Gebeng Sungai Ular.
Nama Kampung Sungai Ular berasal dari mitos yang menyatakan seekor ular besar yang turun dari Bukit Panjang membawa bersama batu-batu bukit untuk mencari kawasan baru.Laluan ular besar itu lah terbentuknya sungai yang berbentuk seakan–akan ular. Ular besar tersebut membuat satu perjanjian sekiranya mendengar ayam berkokok dia akan berhenti namun di takdirkan setelah sampai di laut ular besar itu di serang oleh seekor helang dan berlakulah pertarungan di antara mereka.Kedua-duanya mengalami luka dan mati di situ dan menjadi pulau dan ianya wujud sehingga ke hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan